Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan program Forum "Hilang Arah, Hilang Nyawa: Realiti Belia Masa Kini" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah pada 24 Jun 2025. Program kolaboratif ini berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada mahasiswa, ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT), serta staf residen dengan matlamat memperkukuh kesedaran sosial dan kesejahteraan hidup golongan belia. Melalui penglibatan panel pakar daripada pelbagai agensi termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK), forum ini membincangkan tiga aspek kritikal: (1) Isu keselamatan dan tekanan hidup semasa belia; (2) Kecelaruan hala tuju serta risiko sosial yang kompleks; dan (3) Pemantapan jati diri serta pembangunan insaniah dalam mendepani cabaran luar secara berintegriti. Hasil perbincangan ini menyerlahkan kepentingan jalinan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti setempat dan agensi luar dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, dan sosial.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Amin, Mohd Hamidi Adha UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kesedaran sosial, Belia, Mahasiswa, Isu sosial, Pembangunan insaniah, UiTM Kedah, Kolaborasi komuniti |
| Date: | 24 June 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142263 |
