Ukhuwah tanpa suara

Isahak, Siti Nordiyana and Abd Ghani@Ismail, Rosmah and Mohd Ali, Norfariza (2025) Ukhuwah tanpa suara. e-DINAMIK. p. 291. ISSN 2682-7832
Abstract

Langkah seirama meniti perjalanan,
Beriring waktu tanpa sengketa,
Tidak sentiasa indah pandangan,
Namun hati tetap setia.

Tawa menjadi penawar derita,
Yang satu bersinar, yang lain turut ceria,
Dalam duka yang tidak dijangka,
Tangan dihulur, ikhlas tanpa bicara.

Langit tidak selamanya tenang,
Awan gelap kadang mendatang,
Namun kami tetap teguh tidak goyang,
Menempuh badai dengan semangat gemilang.

Tiada hitungan dalam pemberian,
Tiada syarat dalam persandaran,
Persahabatan ini bukan mainan,
Tetapi terpahat dalam ingatan.

Bukan darah yang mengikat rasa,
Bukan waris atau pusaka,
Namun jiwa yang bersatu mesra,
Dalam ukhuwah yang tiada dua.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142250.pdf]
Text
142250.pdf
Download (516kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics