Business discovery program: pencetus inspirasi dan pengetahuan dunia korporat

Mohd Ramli, Siti Syamira (2024) Business discovery program: pencetus inspirasi dan pengetahuan dunia korporat. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Negeri Sembilan, 6 Disember 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang melalui Business Society pada 6 Disember 2024 telah berjaya menganjurkan program “Business Discovery Program” yang berlangsung di Kilang Ajinomoto, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan memberikan pendedahan praktikal kepada mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) mengenai operasi syarikat korporat, strategi perniagaan, dan peluang kerjaya dalam industri. Lawatan interaktif dan pembelajaran industri ini telah disertai oleh 75 orang pelajar mahasiswa semester akhir bersama penasihat kelab. Mereka diberi peluang untuk meneroka galeri pelawat Ajinomoto serta koridor produksi kilang, memberikan pengalaman langsung tentang operasi perniagaan moden. Aktiviti ini turut disertai sesi demonstrasi produk, ceramah kerjaya, kuiz interaktif, dan sesi soal jawab. Melalui slot ceramah kerjaya, wakil Ajinomoto, Encik Azmi yang turut berkongsi maklumat mengenai inisiatif syarikat dalam menyokong pembangunan komuniti melalui pekerjaan berkualiti, sambil menekankan kepentingan memacu ekonomi yang mampan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-8 dan ke-13.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142249.pdf]
Text
142249.pdf
Download (259kB)
Indexing & Metrics