Perkongsian ilmu STEM dalam proses pembuatan produk biokomposit bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya (SMKDJ)

Ahmad, Nurrohana (2024) Perkongsian ilmu STEM dalam proses pembuatan produk biokomposit bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya (SMKDJ). UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Pahang, 11 September 2024 – Pusat Pengajian Industri Perkayuan (PPIP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang (UCPh), telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bertajuk “Perkongsian Ilmu STEM dalam Proses Pembuatan Produk Biokomposit” bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya (SEDAYA). Program ini berlangsung di Bengkel Perkayuan UCPh dengan kehadiran seramai 32 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Penceramah utama, Dr. Lee Seng Hua, pakar dalam pembuatan produk biokomposit, berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai teknologi terkini yang melibatkan penggunaan sumber kayu dan bahan bukan kayu. Kata alu-aluan disampaikan oleh Koordinator Prasiswazah Pusat Pengajian Industri Perkayuan, Dr. Noorshashilawati Azura Mohamad dengan disertai oleh barisan fasilitator dan AJK pelaksana dari PPIP.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142200.pdf]
Text
142200.pdf
Download (657kB)
Indexing & Metrics