17-18 Ogos 2024: Matematik atau dahulunya dikenali sebagai Ilmu Hisab merupakan salah satu subjek yang diajar sejak di peringkat tadika atau prasekolah lagi. Subjek Matematik sentiasa bergelumang dengan operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Subjek Matematik menjadi semakin kompleks sesuai dengan pertambahan aras daripada Darjah 1 sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Seperti yang kita semua maklum, perkara yang melibatkan pengiraan sentiasa dikaitkan dengan aktiviti yang berlaku pada otak kiri seorang manusia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik memerlukan faktor kreatif yang memerlukan input daripada pengajar dan pelajar itu sendiri. Bukan mahu menyalahkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada, malah kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sentiasa memperkenalkan dan memperbaiki sistem sedia ada kepada standard global yang dapat memastikan pelajar di Malaysia terus kekal relevan dan berdaya saing.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Noor Amalina Nisa UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice L Education > LC Special aspects of education > Forms of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | Matematik, Pengajaran, Pembelajaran, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 27 August 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142188 |
142188.pdf
