Majlis anugerah dekan dan mentor-mentee KPPIM Jun 2024

Shafie, Ana Salwa (2024) Majlis anugerah dekan dan mentor-mentee KPPIM Jun 2024. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Raub, 7 Jun 2024 – Satu program “Majlis Anugerah Dekan dan Mentor-Mentee KPPIM” telah berjaya dilaksanakan oleh Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Raub pada hari Jumaat, 7 Jun 2024 iaitu pada minggu 10 kuliah. Program ini telah berlangsung selama 3 jam setengah bertempat di Dewan Titiwangsa, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Program yang berkonsepkan akademik dan sukan ini menggabungkan dua acara, iaitu MAJLIS ANUGERAH DEKAN KPPIM dan MENTOR-MENTEE KPPIM yang melibatkan dua program pengajian iaitu program Diploma Sains Komputer (CDCS110) dan Diploma Statistik (CDCS111), UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Jumlah keseluruhan pelajar yang menghadiri program ini ialah seramai 396 orang. Seramai 309 pelajar adalah daripada program Diploma Sains Komputer (CDCS110) manakala 87 adalah pelajar daripada program Diploma Statistik (CDCS111). Prorgam ini juga telah dihadiri oleh 24 orang pensyarah KPPIM, UiTM Cawangan Pahang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142171.pdf]
Text
142171.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics