Abstract
Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik dan tidak berkesan juga boleh menyumbang kepada masalah pengurusan sisa pepejal. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ambil mudah segelintir masyarakat yang membuang sisa pepejal mereka yang terdapat dalam pelbagai bentuk terutama didalam sumber air tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kelak. Kelemahan sistem pengurusan jelas menimbulkan masalah kepada penjanaan sisa pepejal di Malaysia. Kekurangan tapak pelupusan sampah juga merupakan salah satu isu dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia (Seow, 2003). Air merupakan salah satu komponen ekosistem dunia. Punca utama pencemaran air boleh dikategorikan kepada punca titik (point source) dan punca tidak bertitik (non-point source) (Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2012). Masalah pengurusan sisa pepejal ini adalah berpunca daripada sikap individu itu sendiri dimana kurangnya didikan yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, pendidikan sangat penting semasa di bangku sekolah lagi bagi membentuk masyarakat yang mempunyai ilmu pengentahuan tentang pengurusan sisa pepejal yang betul malahan ia juga dapat membantu memelihara alam sekitar kita daripada berlakunya pencemaran. Isu utama yang hendak diatasi melalui projek reka cipta ini ialah isu pencemaran sumber air yang tidak terkawal. Dengan adanya prototaip Puffer Fish Boat ini diharapkan ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan dan meminimakan kesan pencemaran alam sekitar terutamanya sumber air dari unsur plastik, pepejal dan seumpamanya.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Isa, Abdul Malik g-25053780@moe-dl.edu.my Amirudin, Nur Alyaa Aqila UNSPECIFIED Mohd Ruzi, Rizq Zufar UNSPECIFIED Azhari@Asri, Iman Hifzurrahman UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my UNSPECIFIED Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my UNSPECIFIED Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 6 |
| Keywords: | Puffer Fish Boat, Alam sekitar, Inovasi |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142163 |
