Abstract
Negeri Sembilan, 6 Disember 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang melalui Business Society pada 6 Disember 2024 telah berjaya menganjurkan program “Business Discovery Program” yang berlangsung di Kilang Ajinomoto, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan memberikan pendedahan praktikal kepada mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) mengenai operasi syarikat korporat, strategi perniagaan, dan peluang kerjaya dalam industri. Lawatan interaktif dan pembelajaran industri ini telah disertai oleh 75 orang pelajar mahasiswa semester akhir bersama penasihat kelab. Mereka diberi peluang untuk meneroka galeri pelawat Ajinomoto serta koridor produksi kilang, memberikan pengalaman langsung tentang operasi perniagaan moden.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ramli, Siti Syamira UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM News Hub, Business discovery program, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142123 |
