Pelajar-pelajar persatuan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (BEVA) menyertai Seminar Ekologi Malaysia (SEM) 2024

Mohd Yusof, Mohd Idham (2024) Pelajar-pelajar persatuan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (BEVA) menyertai Seminar Ekologi Malaysia (SEM) 2024. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

PUTRAJAYA, 7 November 2024 – Seramai 20 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (BEVA) dari Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah turut serta dalam program Seminar Ekologi Malaysia (SEM) 2024 anjuran Persatuan Ekologi Malaysia yang telah diadakan di Hall 1, Putrajaya International Convention Centre (PICC). Seminar yang bertemakan Ecological Crisis and Governance Challenges tersebut bermatlamat untuk menjadi wadah perkongsian ilmu antara pakar akademik dan pembuat dasar dengan mahasiswa dan mahasiswi universiti bidang pengajian alam sekitar. Program yang dilaksanakan selama sehari itu turut dihadiri oleh pelajar-pelajar serta akademia dari beberapa universiti awam yang lain seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142110.pdf]
Text
142110.pdf
Download (336kB)
Indexing & Metrics