Abstract
Permainan sepak takraw antara permainan utama dalam kebitaraan Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi. Oleh itu, kemahiran asas dan kecekapan murid serta latihan yang berkesan perlu ditingkatkan bagi memahirkan murid dalam permainan sepak takraw. Pemilihan projek inovasi ini merupakan hasil sumbangan idea murid dan guru semasa menjalankan latihan sepak takraw di sekolah. Inovasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas murid dalam teknik menyepak bola takraw dengan betul menggunakan satu kit inovasi permainan sepak takraw yang bersesuaian untuk murid sekolah rendah. Kajian inovasi ini dijalankan terhadap 6 orang pemain sepak takraw sekolah bagi memantapkan lagi teknik sepakan mereka. Berdasarkan pemerhatian guru ke atas keperluan fizikal dan kebolehan murid, Takraw Kick Device ini direka bagi memudahkan pengajaran guru semasa sesi latihan. Di samping itu, kit takraw ini dapat meningkatkan lebih ramai penyertaan murid dalam permainan sepak takraw di sekolah rendah. Ia juga membantu guru dalam melatih murid dengan adanya alat yang lebih mudah dan berkesan serta dapat menjimatkan masa latihan. Metodologi kajian yang digunakan melibatkan kaji selidik keperluan, analisa keperluan fizikal dan motorik, rekabentuk dan pengembangan kit prototaip. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Takraw Kick Device ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menyepak bola takraw dengan betul dan meningkatkan minat murid dalam permainan sepak takraw. Diharapkan inovasi ini dapat menyumbang ke arah ketrampilan olahraga murid-murid sekolah rendah serta mendorong gaya hidup yang lebih sihat melalui aktiviti fizikal yang dijalankan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Jasın, Sharıfah Aıshah sharifahaishah79@gmail.com Abdul Hamıd, Ahmad Zawawı awie0208@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Malaysia G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc. |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 3 |
| Keywords: | Sepak Takraw, Sekolah Rendah, Kemahiran asas, Menyepak, Takraw Kick Device |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142034 |
