Pengangkutan halal dan kesan kepada integriti halal: kolaborasi bersama ahli institut logistik dan pengangkutan bertauliah (CILT)

Tajuddin, Norulhuda and Mat Yunus, Nor Khairunnisa and Mansor, Fazreena (2024) Pengangkutan halal dan kesan kepada integriti halal: kolaborasi bersama ahli institut logistik dan pengangkutan bertauliah (CILT). UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

23 Mei 2024, Raub. Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah atau Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) adalah satu badan profesional yang memayungi pakar dan ahli dalam industri pengangkutan dan logistik seluruh dunia. Sehingga kini industri pengangkutan dan logistik semakin berkembang kesan dari globalisasi di mana rata-rata negara terlibat dengan eksport dan import. Sebanyak 25 peratus populasi dunia adalah beragama Islam menjadikan permintaan kepada barangan dan perkhidmatan halal sentiasa tinggi. Jika dulu konsep halal hanya tertumpu kepada makanan sahaja namun, konsep ini sebenarnya lebih dari itu. Sesuatu produk yang dijamin halal perlu memastikan status halal tersebut tidak diragui termasuklah semasa proses pemindahan barangan berlangsung. Itulah titik tolak membawa kepada konsep pengangkutan halal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142017.pdf]
Text
142017.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics