Isu kutipan zakat perniagaan di negeri Johor: kajian di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Razaly, Mohamad Zaki and Mustaffa, Mohd Zainodin and Zakaria, Munirah and Saja @ Mearaj, Mahasin and Sokhibul Fadhil, Siti Aishah (2015) Isu kutipan zakat perniagaan di negeri Johor: kajian di Majlis Agama Islam Negeri Johor. Other. Universiti Teknologi MARA, Johor. (Unpublished)
Abstract

Pelaksanaan ibadah zakat merupakan manifestasi pengabdian manusia terhadap Allah SWT bagi menyucikan jiwa manusia daripada sifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Secara tidak langsung, zakat merupakan mekanisma untuk merapatkan jurang kekayaan dan sosial antara golongan kaya dan miskin. Objektiftersebut dapat dipenuhi dengan pengurusan kutipan dan agihan zakat yang efektif dan sistematik. Sejak sekian lama, zakat perniagaan menjadi penyumbang terbesar kutipan zakat di Malaysia. Namun, jumlah kutipan yang besar tidak melambangkan pematuhan yang holistik terhadap kewajipan membayar zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat yang beragama Islam. Data pungutan zakat perniagaan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor menunjukkan hanya peratusan kecil daripada keseluruhan pemilik syarikat Muslim menunaikan kewajipan zakat perniagaan. Justeru kajian ini akan menyingkap isu dan cabaran dalam pelaksanaan zakat perniagaan di Negeri Johor. Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti termasuklah ketiadaan rebat cukai perniagaan, kelonggaran dalam peruntukan Undang-Undang berkenaan zakat perniagaan iaitu di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor serta kekeliruan berhubung kewajipan zakat perniagaan ke atas syarikat atau pemilik syarikat. Jika, isu dan cabaran ini dapat ditangani, maka saiz dana zakat akan berkembang seterusnya memastikan kemaslahatan umat Islam terus terpelihara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141922.pdf]
Text
141922.pdf
Download (476kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics