Pola sosio-spatial rumah tradisional melayu: satu analisis perbandingan dengan perumahan perbandaran

Yahya, Ahmad Shuib and Ismail, Noor Hayati and Abdul Latip, Nurul Syala (2025) Pola sosio-spatial rumah tradisional melayu: satu analisis perbandingan dengan perumahan perbandaran. In: 16th Regional Symposium of The Malay Archipelago, Universiti Teknologi MARA, Perak.

Abstract

Kajian ini meneliti hubungan antara keterlihatan ruang dan aktiviti statik domestik dalam dua tipologi kediaman berbeza di Malaysia: rumah tradisional Melayu dan perumahan perbandaran. Menggunakan pendekatan sintaks ruang melalui teknik Visual Graph Analysis (VGA), penyelidikan ini mengkaji bagaimana susun atur ruang mempengaruhi keupayaan penghuni menjalankan aktiviti Perlu (N), Pilihan (O), dan Terhasil (R) dalam ruang kediaman. Seramai 45 responden dari jenis penghuni setinggan dipilih secara bertujuan dari Kampung Seri Padu, Johor Bahru sebagai sampel tidak tercemar dengan kehidupan didalam perumahan perbandaran bagi mendapatkan pola aktiviti domestik, manacle 30 pelan rumah dianalisis merangkumi 15 rumah tradisional Melayu dan 15 unit perumahan perbandaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa rumah tradisional Melayu memiliki hierarki keterlihatan yang menyokong keseimbangan antara interaksi sosial dan privasi, dengan ruang seperti Rumah Tengah dan Rumah Depan memperlihatkan nilai integrasi visual tertinggi. Sebaliknya, perumahan perbandaran cenderung menyatukan pelbagai fungsi ke dalam satu ruang serbaguna iaitu ‘Living Hall’, yang meskipun efisien dari segi ruang, menghadkan fleksibiliti sosial dan mengurangkan kejelasan sempadan awam–peribadi. Aktiviti pilihan dan terbitan dalam perumahan perbandaran sering berpindah ke ruang tidur akibat kekangan ruang terbuka yang bersifat separa sosial. Kajian ini menyimpulkan bahawa keterlihatan bukan sekadar parameter teknikal, tetapi pemboleh sosial yang membentuk kehidupan harian. Pemahaman terhadap logik sosio-spatial ini boleh dimanfaatkan dalam perancangan perumahan masa depan, khususnya dalam konteks komuniti berpendapatan rendah, agar reka bentuk yang dihasilkan boleh bertindakbalas dengan budaya dan sosial.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahya, Ahmad Shuib
UNSPECIFIED
Ismail, Noor Hayati
UNSPECIFIED
Abdul Latip, Nurul Syala
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Housing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Journal or Publication Title: Proceedings of the 16th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Title: 16th Regional Symposium of The Malay Archipelago
Page Range: pp. 126-138
Keywords: Keterlihatan ruang, Aktiviti statik, Rumah tradisional melayu, Perumahan perbandaran, Analisis graf visual (VGA)
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141871
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141871.pdf] Text
141871.pdf

Download (1MB)

ID Number

141871

Indexing

Statistic

Statistic details