Abstract
Inovasi E-Pengarang 3M merujuk kepada penggunaan menu E-Pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan karangan melalui kaedah Menyalin, Menjalin dan Menulis (3M). Pada tahun 2019 didapati 80 peratus murid-murid di Kolej Vokasional Pasir Mas tidak boleh menulis karangan yang kepanjangan 200 patah perkataan seperti yang ditetapkan dalam soalan Kertas 1 Bahagian A Bahasa Melayu Sijil Vokasional Malaysia. Oleh itu, objektif inovasi ini untuk memastikan murid-murid dapat meningkatkan keupayaan menulis karangan sekurangkurangnya 200 patah perkataan dengan menggunakan E-Pengarang 3M. Di samping itu, dapat menarik minat murid-murid dan memudahkan proses PDPc atau PdPR. E-Pengarang 3M ini dibangunkan dengan menggunakan metodologi Rapid Application Development iaitu menganalisis, pembangunan, pelaksanaan dan refleksi. Terdapat tiga elemen utama iaitu Teknik IMCoGas, Modul Pembelajaran dan Kerangka Karangan. Setelah melaksanakan inovasi E-Pengarang 3M melalui strategi menyalin, menjalin dan menulis karangan didapati 100 peratus muridmurid telah mula menunjukkan keupayaan mereka untuk menulis karangan dalam jumlah perkataan yang ditetapkan dan seterusnya menunjukkan peningkatan keputusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Inovasi ini mula didedahkan kepada murid-murid Tingkatan 5 di sekolah-sekolah menengah seluruh negeri Kelantan mulai 2021 dan Kolej Vokasional Pasir Mas pada tahun 2019 sehingga berjaya menghasilkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SVM tahun 2020 dan 2021. Selain itu, inovasi ini juga telah dikembangkan kepada pelbagai institusi pendidikan seperti Kolej Vokasional dan sekolah-sekolah Menengah seluruh negara melalui program yang dianjurkan oleh BPLTV. Secara keseluruhannya, inovasi ini telah berjaya menarik minat murid-murid di samping berjaya menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan terutama dalam penulisan karangan. Inovasi ini juga sangat praktikal, berkesan, menjimatkan kos dan sesuai digunakan sama ada oleh guru mahupun murid-murid.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Kamarul Bakri g-69102820@moe-dl.edu.my Hussin, Asmadi asmadi.aina69@gmail.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malaysian literature |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 114-122 |
| Keywords: | Malay language, Rapid application development, Vocational education |
| Date: | 18 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141860 |
