Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan School Outreach Programme II: Reproductive Health for Community yang berlangsung di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS), Bagan Lalang, Selangor. Program pendidikan komuniti ini dianjurkan oleh Pusat Asasi UiTM Dengkil, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Institut Pengurusan Pengetahuan dan Analitik (ICAN), Persatuan Alumni Pusat Asasi (LeGAsi), serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Melibatkan lebih 200 pelajar MITS, program ini bertujuan untuk memperkukuh literasi pendidikan kesihatan reproduktif remaja, menangani cabaran kesihatan sosial, dan menyemai kesedaran penjagaan diri. Pengisian program merangkumi ceramah interaktif, pameran pendidikan, dan aktiviti bimbingan kelompok yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG 5 (Kesaksamaan Gender). Secara keseluruhan, inisiatif ini menzahirkan peranan strategik UiTM dalam menawarkan kepakaran akademik untuk pembangunan insan yang holistik, mampan, dan berimpak jangka panjang terhadap kesejahteraan komuniti remaja.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kesihatan reproduktif, Remaja, Pendidikan komuniti, Matlamat Pembangunan Mampan, SDG, Pusat Asasi UiTM, Maahad Integrasi Tahfiz Sains, Dengkil |
| Date: | 12 July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141856 |
