Pemerkasaan wanita luar bandar: usaha kolektif hadapi risiko bencana

Abdul Talib, Yuhainis (2025) Pemerkasaan wanita luar bandar: usaha kolektif hadapi risiko bencana. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti-Pemerkasaan Wanita (PRBBC-PW) yang berlangsung di Mukim Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Program kolaboratif ini dianjurkan oleh UiTM MERCY Resilient Community Center (UMRCC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, dengan kerjasama MERCY Malaysia Perak Chapter (MMPC) dan Think City Malaysia. Melibatkan lebih 50 orang peserta wanita berumur antara 15 hingga 80 tahun, inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh daya tahan komuniti luar bandar terhadap risiko bencana dengan meletakkan golongan wanita sebagai barisan hadapan. Pengisian program memfokuskan kepada peningkatan tahap kesedaran terhadap potensi bahaya, latihan kesiapsiagaan, tindakan pencegahan awal, serta pembentukan mekanisme tindak balas tempatan yang mampan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar pada fasa awal bencana. Secara keseluruhan, program ini membuktikan kepentingan pendekatan inklusif berasaskan jantina dalam pengurusan bencana bagi melahirkan komuniti luar bandar yang berdaya tahan, berpengetahuan, dan mampu menguruskan risiko persekitaran secara kolektif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141855.pdf]
Text
141855.pdf
Download (686kB)
Indexing & Metrics