Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan program tahunan "Physiotherapy Research Colloquium, Alumni Expert and Career Day 2025" yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Program dua hari ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan industri bagi memastikan kelestarian serta kerelevanan program akademik mengikut keperluan pasaran semasa. Inisiatif ini melibatkan pembentangan hasil kajian oleh 54 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) , perkongsian pengalaman kerjaya menerusi sesi "PhysioBuddies: 6 Voices, 1 Story" bersama enam alumni , serta pelaksanaan temuduga terbuka oleh 18 rakan industri. Selain itu, program ini turut memuatkan ceramah khas mengenai implikasi perundangan Akta 774 (Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016) bagi memberi pencerahan tentang kepentingan pendaftaran rasmi amalan secara sah dan beretika. Secara keseluruhan, kejayaan kolokium dan hari kerjaya ini menzahirkan komitmen tinggi UiTM dalam melahirkan graduan fisioterapi yang bukan sahaja cemerlang dari aspek teknikal dan penyelidikan, malah memiliki kebolehpasaran, profesionalisme, serta kesediaan tinggi untuk memacu pembangunan sektor kesihatan negara.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Muhammad Amirul Haqiim UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > Physical medicine. Physical therapy. Including massage, exercise, occupational therapy, hydrotherapy, phototherapy, radiotherapy, thermotherapy, electrotherapy |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Faculty of Health Sciences |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Fisioterapi, Kolokium penyelidikan, Hari kerjaya, Kebolehpasaran graduan, Hubungan universiti-industri, Akta 774, UiTM Selangor |
| Date: | 6 August 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141840 |
