Program “CS110 PICK UP THE BITS & BYTES” yang bertemakan “All Black” adalah merupakan inisiatif Pengajian Sains Pengkomputeran, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, (KPPIM), UiTM Cawangan Pahang. Program ini telah dilaksanakan pada 2 Mac 2024 (Sabtu) bermula 12.15 tengahari sehingga 5 petang di Espira Kinrara, Puchong, Selangor. Program yang merupakan acara tradisi setiap semester ini adalah untuk meraikan pelajar semester akhir Diploma Sains Komputer yang bakal menamatkan pengajian setelah berusaha bersungguh-sungguh menempuh setiap onak duri dan suka duka sepanjang sesi pengajian. Program ini juga menjemput alumni Diploma Sains Komputer yang telah meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan juga telah menempuh alam pekerjaan. Justeru dapat merapatkan ukhuwah antara pelajar, alumni dan pensyarah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal, Mohd Azim UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social interaction H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | All Black , Diploma Sains Komputer, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 16 May 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141813 |
141813.pdf
