Pengajaran kolaboratif bersama industri bagi kursus INS200: product knowledge and entrepreneur opportunity

Noor Yaacob, Noor Junaini Arwin and Mahmood, Wan Nurashikin (2024) Pengajaran kolaboratif bersama industri bagi kursus INS200: product knowledge and entrepreneur opportunity. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan pihak industri memang merupakan strategi yang sangat berharga dalam meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak dapat memperoleh manfaat yang signifikan, tidak hanya dalam konteks pembelajaran teoretikal, tetapi juga dalam aspek praktikal dan aplikatif. Justeru, satu sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching Session) bersama pihak industri telah dianjurkan pada, Isnin, 8 Januari 2024 dan dilaksanakan secara maya. Program kolaborasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang proses insurans, memupuk minat terhadap bidang insurans, peluang pekerjaan dalam bidang insurans serta memperkasa pengetahuan pelajar tentang perkembangan semasa industri insurans di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141807.pdf]
Text
141807.pdf
Download (316kB)
Indexing & Metrics