Satu kajian terhadap logotype pada pembungkusan minuman kotak Marigold di Malaysia. Hubungan antara logotype dengan kesesuaian visual / Asnita Mohd Sani

Mohd Sani, Asnita (2000) Satu kajian terhadap logotype pada pembungkusan minuman kotak Marigold di Malaysia. Hubungan antara logotype dengan kesesuaian visual / Asnita Mohd Sani. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Tajuk Tesis penulis ialah satu kajian terhadap "Logotype" pada Pembungkusan minuman kotak "MariGold" di Malaysia. Hubungan Antara "Logotype" dengan kesesuaian visual. Tesis ini berfungsi untuk: mengkaji secara lebih terperinci mengenai "Logotype" pada pembungkusan minuman kotak khususnya "Marigold". Selain itu juga untuk membongkar secara mendalam akan kesesuaian "Logotype" dan visual pada minuman kotak "Marigold", penggunaan warna pada "Logotype", penyusunan rekaletak "Typography", teknik - teknik rekaan yang digunakan dan pemilihan "Typography" pada rekaan "Logotype". Di samping itu penghuraian definisi "Logotype" yang terperinci serta mendalam juga dilakukan. Selain penekanan kepada "Logotype", faktor-faktor sampingan utama seperti pembungkusan, visual, dan "Typography" juga diterangkan melalui penghuraian definisi yang teratur. Pengumpulan maklumat yang dilaksanakan oleh penulis dilakukan melalui perbagai kaedah seperti soal selidik, temu bual, merujuk kepada pensyarah dan melalui rujukan pada bahan-bahan yang berkaitan di perpustakaan.

Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of TD_ASNITA MOHD SANI AD 00_5.pdf]
Text
TD_ASNITA MOHD SANI AD 00_5.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics