Perasmian penutup program CIMB foundation: fish farming for rural communities

Farinordin, Farah Ayuni and Ibrahim, Nurshahira and Wan Ahmad, Wan Azmi and Jaafar, Abu Bakar and Tengku A Razak, Tengku Maaidah (2024) Perasmian penutup program CIMB foundation: fish farming for rural communities. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Majlis perasmian penutup program “Fish Farming for Rural Communities” telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pondok Perdana Darul Makmur, dengan kerjasama oleh Universiti Teknologi MARA, CIMB Foundation, dan Masjid Al-Muttaqin Mukim Charuk Puting, Bera, Pahang pada 3 Februari 2024 yang lalu. Program penternakan ikan puyu tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk memberi latihan kepada penduduk di luar bandar dalam meningkatkan kegiatan ekonomi. Kesinambungan, kemampanan dan kebolehpasaran hasil daripada program yang berlangsung selama setahun itu adalah signifikan dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan taraf hidup, dan menambahkan sumber pendapatan iaitu selari dengan hasrat kerajaan serta memenuhi Sustainable Development Goals khususnya SDG 1 – Tiada Kemiskinan (No Poverty). Program ini terdiri daripada tujuh (7) fasa iaitu: pembinaan kolam ikan, penyampaian seminar, sesi praktikal, pemantauan berkala, penuaian hasil, pemprosesan ikan kepada produk pekasam, serta penjualan produk.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141799.pdf]
Text
141799.pdf
Download (409kB)
Indexing & Metrics