Syukur yang tersisa

Raja Ahmad, Raja Adzrin (2025) Syukur yang tersisa. e-DINAMIK. p. 227. ISSN 2682-7832
Abstract

Syukur itu bukan sekadar lafaz,
tetapi rasa yang lahir di dada,
ketika mata terbuka pada pagi yang damai,
dan tubuh masih mampu berdiri, berjalan,
bernyawa.
Ada rezeki di meja sederhana,
nasi yang hangat, kopi beraroma.
bukankah itu juga rahmat yang besar?
hadiah Tuhan yang tak pernah pudar.
Syukur itu hadir dalam senyuman,
dari wajah seorang anak yang riang,
atau genggaman tangan seorang sahabat,
yang mengingatkan kita bahawa hidup ini indah,
walau terselit derita dan dugaan,
meskipun langkah ditempa cabaran.
Syukur adalah ketika kehilangan,
namun masih mampu melihat hikmah,
ketika tangisan menjadi doa,
dan doa itu melahirkan tabah.
Bersyukurlah, meski kecil,
kerana nikmat bukan pada banyaknya

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141690.pdf]
Text
141690.pdf
Download (583kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics