Peranan bidalan dalam kehidupan orang melayu

Kadri, Mohd Halim (2025) Peranan bidalan dalam kehidupan orang melayu. e-DINAMIK. pp. 225-226. ISSN 2682-7832
Abstract

Bahasa Melayu sarat dengan keindahan seni bahasa, di antaranya bidalan yang diwarisi sejak turun-temurun. Ia bukan sekadar hiasan bahasa, tetapi alat nasihat, teguran dan teladan yang mencerminkan pengalaman serta kebijaksanaan orang terdahulu. Dalam kehidupan orang Melayu, bidalan berperanan sebagai panduan moral, pengukuh hubungan sosial, dan cerminan falsafah hidup. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bidalan ialah ayat atau ungkapan yang mengandungi nasihat, pengajaran atau peringatan berdasarkan pengalaman hidup. Ia berbeza daripada perumpamaan kerana lebih jelas memberi pedoman dan nilai moral. Bidalan digunakan untuk mendidik, menasihati dan menegur dengan cara berlapik. Ia juga menjadi “panduan hidup” agar manusia berakhlak mulia, rajin, berani dan rendah diri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141689.pdf]
Text
141689.pdf
Download (597kB)
Indexing & Metrics