Program “Plant to 1000” perkukuh usaha penghijauan bandar dan pendidikan alam sekitar

Sazali, Muhamad Ferdhaus (2025) Program “Plant to 1000” perkukuh usaha penghijauan bandar dan pendidikan alam sekitar. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menilai impak pelaksanaan program kelestarian alam sekitar melalui projek "Plant to 1000" yang berlangsung di AEON Station 18, Ipoh, Perak. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Junior Chamber International (JCI) Ipoh dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, serta mendapat sokongan penuh daripada Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak. Inisiatif ini memfokuskan kepada usaha penghijauan bandar melalui aktiviti penanaman seribu pokok yang melibatkan penyertaan aktif ratusan pelajar, pensyarah, sukarelawan, dan komuniti setempat. Hasil dokumentasi menunjukkan bahawa program ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform praktikal dalam meningkatkan kesedaran penjagaan ekosistem bandar dan pendidikan alam sekitar, malah memperkukuh semangat kesukarelawanan serta kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi dan komuniti bagi menyokong agenda pembangunan lestari secara mampan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141665.pdf]
Text
141665.pdf
Download (532kB)
Indexing & Metrics