Pantun pesanan

Mohd Amin, Juyati and Amiruddin Othman, Ahmad Marzuki and Mohd Tahir, Henny Hazliza (2025) Pantun pesanan. e-DINAMIK. p. 222. ISSN 2682-7832
Abstract

Daun kunyit dibelah-belah,
Penyedap rasa rendang di kuali,
Teguh beriman kepada Allah,
Buat syirik jangan sekali.

Air mawar siram di kubur,
Bau wangi seluruh angkasa,
Hidup jangan sombong takbur,
Amalan dikumpul rosak binasa.

Belakang rumah tanam kelapa,
Pasang pengait di hujung galah,
Hidup ini janganlah alpa,
Beriman teguh di jalan Allah.

Burung merpati di tepi jeti,
Hinggap sebentar di dahan ara,
Al-Quran itu penyuluh hati,
Agar iman sentiasa terpelihara.

Jalan-jalan ke pekan Jengka,
Buah selasih di dalam raga,
Ikhlas ibadat janganlah leka,
Akhirat kelak dijamin syurga

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141659.pdf]
Text
141659.pdf
Download (594kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics