Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis impak pelaksanaan Program Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) Wanita yang telah berjaya dilaksanakan di Kampung Sayong Hulu, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara MERCY Malaysia Perak State Chapter (MMPC), Think City di bawah Khazanah Nasional Berhad, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak. Inisiatif ini memfokuskan kepada pemperkasaan seramai 30 orang komuniti wanita tempatan melalui perkongsian pengetahuan serta kemahiran asas kesiapsiagaan bagi menghadapi dan mengurangkan impak bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, dan ribut. Hasil dokumentasi menunjukkan bahawa pendekatan CBDRM ini bukan sahaja berjaya meningkatkan keyakinan dan peranan aktif wanita sebagai pemimpin barisan hadapan dalam pengurusan risiko bencana, malah memperkukuh daya tahan sosial serta memperluas jaringan sokongan keselamatan setempat demi mewujudkan komuniti luar bandar yang inklusif dan selamat
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Syahmimi Ayuni UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Emergency management L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | CBDRM, Pemerkasaan wanita, Kesiapsiagaan bencana, Kampung Sayong Hulu, MERCY Malaysia, UiTM |
| Date: | 28 August 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141653 |
