Media sosial sebagai medium perkongsian maklumat: eksplorasi aktiviti atas talian masjid dan surau di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak

Ismailly, Norlida and Kamarudin, Nurfaizah and Bibi, Zainon and Ibrahim, Imilia and Abd Samad, Sabariah (2023) Media sosial sebagai medium perkongsian maklumat: eksplorasi aktiviti atas talian masjid dan surau di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14: 23. pp. 185-192. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Kepesatan kemajuan teknologi maklumat sejak beberapa dekad telah membawa perubahan dramatik dalam perkembangan media komunikasi. Platform media sosial merupakan salah satu media atas talian yang begitu popular dan amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat hari ini. Ianya membolehkan interaksi di antara individu atau organisasi menjadi lebih mudah dan pantas sekaligus membuka peluang dan ruang perkongsian maklumat dan berhubung secara global. Masjid dan surau merupakan institusi keagamaan yang bukan sahaja bersifat sebagai tempat untuk beribadah tetapi juga berperanan sebagai pusat pendidikan dan penyebaran fahaman Islam selain menjadi hub melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. Selari dengan perkembangan dan trend semasa, arus perkembangan teknologi maklumat juga memberi impak terhadap peranan masjid dan surau di dalam usaha menyebarkan syiar Islam dan berkongsi maklumat mahupun ilmu daripada para ilmuan dan ulama. Media sosial dilihat sebagai salah satu alternatif untuk mendekati kariah dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dan program yang dijalankan oleh pihak pengurusan masjid dan juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan masyarakat. Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan media sosial oleh pihak pengurusan masjid bagi tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat aktiviti atau program pengimarahan masjid kepada masyarakat setempat. Kajian dijalankan melalui analisis media sosial yang digunakan dan jenis kandungan yang dikongsikan. Justeru memberi impak yang positif kepada para kariah dalam menerima dan menggunakan bahan maklumat yang tepat, betul dan sahih.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismailly, Norlida
norlidaismailly@uitm.edu.my
Kamarudin, Nurfaizah
nurfa601@uitm.edu.my
Bibi, Zainon
zainon054@uitm.edu.my
Ibrahim, Imilia
imiliaibrahim@uitm.edu.my
Abd Samad, Sabariah
sabariahas@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Social groups. Group dynamics > Social networks
H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Social groups. Group dynamics > Social networks > Online social networks
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 14
Page Range: pp. 185-192
Related URLs:
Keywords: Media sosial, Maklumat masjid, Teknologi maklumat
Date: 3 November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141649
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141649.pdf] Text
141649.pdf

Download (91kB)

ID Number

141649

Indexing

Statistic

Statistic details