Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan projek transformasi digital di Kampung Budiman, Selangor, melalui penambahbaikan laman web komuniti Kampung Budiman Bizhub. Inisiatif ini dilaksanakan di bawah program Service-Learning Malaysia - University for Society (SULAM) oleh mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan menggunakan pendekatan Design Thinking. Projek ini memfokuskan kepada pembangunan sistem yang lebih mesra pengguna, responsif, dan berfungsi merentas peranti bagi menyokong usahawan kecil serta jawatankuasa ICT setempat selaras dengan aspirasi Digital Madani. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah reka bentuk yang berstruktur, iteratif, dan empatik ini bukan sahaja berjaya meningkatkan literasi digital penduduk luar bandar ke arah pembentukan kampung pintar yang berdaya saing, malah berkesan dalam membina sahsiah, empati, dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa melalui pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. News, Fskm UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Transformasi digital, Design Thinking, Kampung pintar, SULAM, Usahawan kecil, Digital Madani, UiTM |
| Date: | 29 August 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141647 |
