Abstract
SEREMBAN, 2 Disember 2024 – Persatuan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (BEVA) bersama-sama pelajar semester 3 program AM226 Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah berjaya menganjurkan BEVA Environmental Innovation Exhibition (BEIEx) bersempena program SDG Fiesta 2024. Pameran yang bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban ini telah disertai oleh 10 kumpulan (48 orang pelajar) yang telah mempamerkan produk inovasi serta prototaip mereka yang bertemakan kemampanan ekosistem alam sekitar. Pameran produk inovasi ini juga merupakan salah satu penilaian berterusan pelajar AM226 semester 3 yang mengambil kod kursus EVA410 (Principles of Ecology). Tujuan utama pameran ini adalah untuk mempamerkan idea inovasi pelajar untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ekosistem dikawasan yang telah dipilih oleh mereka.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusof, Mohd Idham UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM News Hub, Environmental innovation exhibition, UiTM Cawangan Seremban |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141631 |
