Usahasama Islamik Mudarabah – Wakalah dalam membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan peserta projek freshwater lobster production- green aquaponics perennial system (Flp-Gaps) di negeri Sabah

Mohammed, Rozita@Uji and Cyril Supain@Christopher, Cyril and Joseph, Hendry and Abd Kahar@Eting, Surail (2023) Usahasama Islamik Mudarabah – Wakalah dalam membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan peserta projek freshwater lobster production- green aquaponics perennial system (Flp-Gaps) di negeri Sabah. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14: 19. pp. 149-158. ISSN 2948-5045
Abstract

Kesenjangan pendapatan rakyat khususnya di negeri Sabah yakni antara tiga negeri termiskin di Malaysia untuk mencapai pendapatan rakyatnya di atas paras kemiskinan tegar pada tahun 2023 sebagaimana saranan YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu dilaksana melalui projek yang berpaksikan konsep Usahasama Islamik Mudarabah-Wakalah (UIMW) yang dipraktikkan dalam kalangan komuniti luar bandar dan terpinggir secara berkelompok. Justeru, inisiatif di bawah geran komuniti TERAJU iaitu Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah di bawah Projek Freshwater Lobster Production-Green Aquaponics Perennial System (FLP-GAPS) telah mempraktikkan konsep usahasama secara Islamik berkaitan bagi mengeluarkan 30 peserta projek daripada kepompong kemiskinan tegar dengan jumlah sasaran pendapatan sebulan melebihi paras RM1,198. Kertas pembentangan ini membincangkan pelaksanaan konsep UIMW di enam workstation (WS) tapak hatcheri Lobster Air Tawar (LAT) dalam kalangan 30 peserta B40 yang bertempat di Pusat Hatcheri Kg. Bantayan, Tamparuli (W1), Kg. Ratau, Menggatal (W2), Kg. Kayu Madang, Telipok (W3), Kg. Duvanson, Putatan (W4), Kg. Muhibbah, Petagas (W5) dan Kg. Shabandar, Tuaran (W6). Supply Chain diwujudkan di enam kawasan berkaitan bagi memastikan bekalan LAT adalah mencukupi untuk tujuan latihan, R&D dan pengkomersialan sebagai aktiviti utama projek. Key Performance Indicator (KPI) Projek FLP-GAPS ini bukan sahaja untuk mencapai aspirasi negara dalampembasmian kemiskinan rakyat tetapi juga mencapai status negara keusahawanan melalui Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030) untuk melahirkan para usahawan di sektor prima yang mengkhusus kepada bidang ternakan akuakultur dan tanaman hidroponik – Akuaponik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141530.pdf]
Text
141530.pdf
Download (259kB)
Indexing & Metrics