Aktiviti kitar semula dianjurkan dalam Islam: kajian penghasilan baja kompos daripada sisa makanan dan sisa pertanian

Seli, Hazman (2023) Aktiviti kitar semula dianjurkan dalam Islam: kajian penghasilan baja kompos daripada sisa makanan dan sisa pertanian. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14: 6. pp. 39-44. ISSN 2948-5045
Abstract

Peningkatan sisa pepejal yang berterusan dunia telah mendorong orang ramai untuk melakukan kitar semula. Pada tahun 2021 Malaysia masih merekodkan kadar kitar semula yang rendah iaitu 31.52% sedangkan kebanyakan negara maju seperti Jerman, Singapura, Sweden, Korea Selatan dan Jepun mencatatkan sekurang-kurangnya 60%. Sepatutnya kesedaran masyarakat Malaysia yang majoriti beragama Islam menunjukkan kesedaran kitar semula yang tinggi kerana ia berkait rapat dengan nilai-nilai agama dan etika yang ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadis. Islam amat mendukung dan menganjurkan amalan kitar seperti penjagaan alam sekitar, penggunaan sumber daya dengan bertanggungjawab, menjaga keadilan dan menolong masyarakat dan menjaga kebersihan dan kesejahteraan individu. Masyarakat islam perlu kembali kepada ajaran islam yang sebenar seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW demi mengurus dan melestarikan alam ini sesuai dengan kehendak Allah swt. Diperingkat Pengajian Kejuruteraan Kimia UiTM Sarawak, selaras dengan budaya SDG(Sustainable Development Goal) dalam pengajaran dan pembelajaran terkini dunia, kesedaran ini telah diterapkan dan dibuktikan dengan kajian penghasilan baja kompos daripada sisa makanan dan pertanian yang bermanfaat untuk baja pertanian disamping mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Oleh itu, kempen kesedaran berasaskan Islam perlu diterapkan sebagai pendekatan berkesan ke arah memupuk pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141626.pdf]
Text
141626.pdf
Download (114kB)
Indexing & Metrics