Transkrip temubual bersama dengan Encik Mohd bin Taha mengenai “Warisan sangkar burung: kisah, seni dan kemahiran pembuat tradisional"

Azman, Batrisyia and Sharifudin, Nur Farhana (2026) Transkrip temubual bersama dengan Encik Mohd bin Taha mengenai “Warisan sangkar burung: kisah, seni dan kemahiran pembuat tradisional". [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis transkrip temu bual mendalam bersama Encik Mohd Bin Taha, seorang tukang dan pengusaha kraf tradisional, mengenai sejarah, falsafah, seni, dan kemahiran pembuatan sangkar burung tradisional. Sebagai sebahagian daripada warisan kraf tangan Melayu, pembuatan sangkar burung hiasan mempunyai nilai estetika dan kehalusan seni pertukangan yang tinggi, namun kini berhadapan dengan risiko kepupusan akibat kekurangan generasi pelapis dan lambakan produk pasang siap buatan kilang. Menggunakan kaedah sejarah lisan (oral history) dengan pendekatan kualitatif naratif, artikel ini memperincikan aspek teknikal pembuatan, merangkumi pemilihan bahan mentah seperti buluh, rotan, dan kayu tegar, teknik melentur dan meraut, hingga ke proses mengukir motif hiasan pada struktur sangkar. Temu bual ini turut membincangkan kisah perjalanan hidup beliau, cabaran kelestarian pasaran kraf mikro, serta kepentingan memelihara kemahiran ketara (tangible skills) ini sebagai identiti budaya masyarakat. Dokumentasi ini berfungsi sebagai sumber primer yang signifikan bagi penyelidikan seni reka kraf tradisional dan pemeliharaan warisan budaya tidak ketara di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141616.pdf]
Text
141616.pdf
Download (20MB)
Indexing & Metrics