Mahasiswa kejuruteraan kimia UiTM terajui program pendidikan alam sekitar di SK Sungai Binjai

Ahmad, Normadyzah (2025) Mahasiswa kejuruteraan kimia UiTM terajui program pendidikan alam sekitar di SK Sungai Binjai. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

KLANG, 17 Disember 2024 — Seramai 55 orang mahasiswa Semester 6 daripada Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, diiringi 6 orang pensyarah telah menjalankan program komuniti di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Klang. Program ini dilaksanakan melalui inisiatif SULAM (Service-Learning Malaysia-University for Society) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2020 yang lalu. Program ini menyaksikan mahasiswa UiTM yang mengikutit kursus Leadreship & Professional Ethics for Engineers bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak & Gas, bersama-sama dalam menyampaikan perkongsian ilmu kepada hampir 1600 orang murid Tahap 2 di sekolah berkenaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141586.pdf]
Text
141586.pdf
Download (819kB)
Indexing & Metrics