Kemuncak penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 peringkat Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

UiTM, Korporat APB (2025) Kemuncak penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 peringkat Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

SHAH ALAM, 3 DISEMBER 2024 – Majlis Kemuncak Penutupan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa dan Persatuan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dan Kolej Kediaman Melati UiTM Shah Alam disempurnakan oleh Ybrs. Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) bertempat di Dewan Platinum Kolej Kediaman Melati UiTM Shah Alam. Bertemakan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 disambut bagi memenuhi matlamat pelaksanaannya, yang bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh serta mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia serta memberi penekanan terhadap pemerkasaan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa rasmi dalam sektor pendidikan di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141555.pdf]
Text
141555.pdf
Download (334kB)
Indexing & Metrics