Abstract
SEREMBAN, 7 Disember 2024 – Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dengan kerjasama semua persatuan dalaman fakulti telah menganjurkan Majlis Pra-Graduan bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir program diploma dan ijazah sarjana muda. Majlis yang gilang-gemilang tersebut telah diadakan di Ruang Damai Grand Hall Seremban dengan bertemakan “Arabian Night”. Majlis yang diadakan pada setiap semester itu telah berjaya menghimpunkan seramai 250 orang kakitangan akademik dan pelajar semester akhir FSPPP termasuk program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar (AM226) atau lebih dikenali dengan BEVA. Matlamat utama majlis adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka serta meninggalkan memori yang manis setelah tamat pengajian kelak.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusof, Mohd Idham UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM News Hub, BEVA, UiTM Cawangan Seremban |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141514 |
