Program penanaman bakau bersama Raja Muda Kedah

Ahmad Sayuti, Nurul 'Ayn (2018) Program penanaman bakau bersama Raja Muda Kedah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Program Penanaman Bakau Bersama Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin di Sungai Merbok telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 120 orang pelajar dan staf Fakulti Seni Lukis & Seni Reka menyertai program yang julung julung kalinya diadakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Lembaga Sumber Air Negari Kedah dan turut disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan dan masyarkat setempat. Penanaman semula bakau merupakan satu usaha untuk memelihara kawa-san pesisir pantai dan sekitar sungai Merbok.Sungai Merbok merupakan kawasan Bio Sfera yang mendapat pengiktirafan UNESCO yang mana ianya kaya dengan sumber alam, flora dan fauna. la menjadi salah satu tumpuan pelancong dan seharusnya dilindungi kerana isu kemusnahan hutan paya laut boleh memberi kesan kepada ekosistem dan dengan penanaman semula pokok bakau dapat mengelakkan berlakunya bencana alam. Diharapkan program ini dapat memupuk semangat toleransi dan kesedaran serta saling bantu membantu untuk menjaga alam sekitar terutamanya di sekitar daerah Merbok dan kawasan berhampiran UiTM Cawangan Kedah. Semoga program ini dapat dijalankan lagi di masa masa yang akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141381.pdf]
Text
141381.pdf
Download (492kB)
Indexing & Metrics