Abstract
Galeri Seni Merbok menerima kunjungan oleh Pro-Canselor UiTM iaitu YBHG. Tan Sri Dato' Seri Utama (DR) Arshad Ayub. Turut serta mengiringi beliau adalah Rektor UiTM Kedah iaitu Prof Madya Dr Shaiful Annuar Khalid. Kedatangan beliau sekitar jam 3.45 petang disambut oleh pensyarah FSSR UITM Kedah. Beliau meluangkan masa hampir satu jam melihat karya-karya di dalam galeri dan turut memberi nasihat dan idea untuk memajukan lagi galeri agar lebih cemerlang. Beliau berpendapat banyak potensi pada karya yang dihasil-kan pelajar yang sepatutnya boleh dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi. Kunjungan ini adalah yang kedua oleh Tan Sri Arshad selepas kunjungan perta-ma pada 8 November 2016. Bersempena dengan penganjuran oleh Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah bersama Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (Kedah) di Gunung Keriang. Alor Setar turut terlibat adalah pensyarah melalui pameran sebanyak 12 karya. Apa yang lebih menarik terdapat 6 buah karya yang bertemakan loghat negeri Kedah seperti karya bertajuk 'Con-teang' oleh Puan Nurul Atikah, 'Panaih lit-lit oleh Dr Neesa Ameera, Ghenyih oleh Encik Nizar Nazrin dan Awat lagu tu oleh Dr Faryna. Selain itu pameran turut disertai oleh pelajar-pelajar daripada semester 1 sehingga 4 bagi kursus Diplo-ma Seni Perindustrian dan pelajar Grafik dan Media Digital.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Khalis, Faryna faryna@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Khalis, Faryna faryna@uitm.edu.my Editor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA N Fine Arts > N Visual arts (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Kunjungan Pro-Canselor Tan Sri Arshad Ayub, Galeri Seni Merbok UiTM Kedah, Komersialisasi karya pelajar FSSR |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141339 |
