Selawat Tafrijiyah: lafaz dan makna Selawat Tafrijiyah

Wan Mohammad, Wan Anisha (2026) Selawat Tafrijiyah: lafaz dan makna Selawat Tafrijiyah. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Apa itu Selawat Tafrijiyah.
Selawat Tafrijiyyah juga disebut sebagai Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Harapnya, jika selawat ini diamalkan, ia dapat menghilangkan kesempitan yang kita hadapi dengan izin Allah SWT. Selawat tafrijiyah memang sarat dengan doa yang kita mohon kepada Allah SWT agar dilapangkan dari kesempitan, dicapaikan segala hajat dan juga diberi husnul khatimah. Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah Allah swt memerintahkan kita berselawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Malah, banyak kelebihan yang kita peroleh daripada amalan selawat. Namun bagi selawat tafrijiyah, seperti mana maksudnya iaitu sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang, maka selawat ini ibarat satu doa yang kita panjatkan kepada Allah swt agar dapat mengeluarkan kita daripada kesempitan yang kita hadapi. Selawat tafrijiyah ini juga mengandungi banyak doa yang kita panjatkan kepada Allah swt. Sememangnya ia suatu selawat yang baik untuk kita amalkan. Selawat tafrijiyah mengandungi banyak doa kepada Allah swt agar kita diberi kelapangan, dipenuhi segala hajat, diberi pengakhiran hidup yang baik serta ucapan selawat kepada Nabi saw serta keluarga Baginda agar mereka dilimpahkan rahmat serta kesejahteraan yang sempurna daripada Allah swt.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141275.pdf]
Text
141275.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics