Abstract
Program pengajaran kolaboratif bertajuk Applying Advanced Calculus: Insights from Nuclear Science and Engineering telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari 2026. Program ini merupakan hasil kerjasama antara pensyarah kursus Further Calculus for Engineers (MAT455) dengan pakar industri daripada Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Norfarizan binti Mohd Said. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar kejuruteraan mengenai kepentingan dan aplikasi praktikal kalkulus lanjutan dalam sektor teknologi nuklear, sekali gus menterjemahkan teori matematik kepada penyelesaian masalah dunia sebenar. Antara input utama yang dikongsikan adalah penggunaan persamaan pembezaan dan kamiran dalam memodelkan tindak balas nuklear serta pengangkutan neutron. Dr. Norfarizan menekankan bahawa pengiraan yang tepat adalah kritikal bagi menjamin keselamatan dan kecekapan operasi reaktor, seperti yang dipraktikkan di Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan teknik kalkulus lanjutan dalam bidang perubatan nuklear melalui Boron Neutron Capture Therapy, iaitu kaedah rawatan menggunakan neutron untuk merawat kanser kompleks seperti kanser otak. Secara keseluruhannya, kolaborasi ini telah berjaya membuka minda pelajar tentang prospek kerjaya dan peranan penting jurutera dalam memajukan teknologi nuklear negara. Sesi ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman akademik, malah menyuntik semangat untuk menguasai subjek matematik sebagai persediaan menjadi jurutera yang kompeten. Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi merapatkan jurang antara modul pembelajaran di universiti dengan keperluan sebenar pihak industri.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saad, Siti Mariam UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Kalkulus lanjutan, Teknologi nuklear, Kolaborasi industri |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141268 |
