FOCCAN: menyemai harapan, menyantuni pejuang kecil

Mohamed, Siti Asmah (2026) FOCCAN: menyemai harapan, menyantuni pejuang kecil. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Dalam usaha memperkasa peranan pendidikan tinggi, keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan tanggungjawab sosial semakin diberi penekanan. Selari dengan aspirasi ini, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang terus komited melaksanakan inisiatif komuniti melalui kerjasama bersama Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN). FOCCAN berperanan sebagai platform sokongan kepada kanak-kanak pesakit kanser dan keluarga mereka, khususnya dari aspek kebajikan, emosi dan sosial. Melalui kerjasama ini, beberapa program telah dilaksanakan seperti Program Jalinan Kasih, Kids Day Out: Math Fun Carnival dan Beg Kongsi Rezeki Sahur (BKRS). Program-program ini dirancang secara santai tetapi bermakna, dengan menggabungkan elemen pembelajaran, hiburan dan sokongan emosi. Pendekatan yang digunakan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti berasaskan permainan matematik dan pengalaman karnival membantu merangsang pemikiran serta meningkatkan keyakinan diri. Pada masa yang sama, aktiviti ini turut membantu mengurangkan tekanan sepanjang tempoh rawatan, sekali gus menyokong kesejahteraan emosi mereka. Selain itu, perhatian juga diberikan kepada penjaga yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak ini. Inisiatif seperti BKRS membantu meringankan beban harian serta memberi sokongan moral kepada mereka. Pendekatan ini menunjukkan bahawa usaha menyantuni komuniti perlu dilihat secara menyeluruh, melibatkan bukan sahaja penerima utama tetapi juga keluarga yang turut terkesan. Dari sudut institusi, penglibatan dalam program bersama FOCCAN memperkukuh peranan JSKM sebagai rakan strategik komuniti. Ia juga membuktikan bahawa kepakaran dalam bidang akademik boleh dimanfaatkan secara kreatif untuk memberi impak kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, pengalaman ini turut memupuk nilai empati dan keprihatinan dalam kalangan pensyarah yang terlibat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Siti Asmah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Inisiatif komuniti, Kanak-Kanak pesakit kanser, Keseimbangan akademik
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141260
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141260.pdf] Text
141260.pdf

Download (1MB)

ID Number

141260

Indexing

Statistic

Statistic details