Abstract
Program LAKAR DESIGN SHOW 2018 telah berlangsung pada 15 Julai 2018. la merupa-kan program atau aktiviti pelajar tahun akhir bagi jurusan Seni Reka Grafik & Media Digital serta Seni Reka Perindustrian yang mem-pamerkan hasil rekaan mereka untuk perha-tian umum. Hasil rekaan pelajar terbahagi kepada beberapa kategori di mana bagi jurusan Seni Reka Grafik & Media Digital, mereka menghasilkan rekaan grafik yang di inovasikan seperti produk makanan, produk kesihatan, kempen kesedaran, perkhidmatan dan beberapa lagi mengikut keperluan silibus. Manakala bagi Seni Reka Perindustrian hasil rekaan mereka terbahagi kepada beberapa kategori iaitu rekaan perabot, rekaan auto-motif (skala) dan rekaan produk. Hanya rekaan yang menepati kriteria yang ditetap-kan sahaja yang akan dipilih untuk dipamer-kan kepada umum. Program ini juga bertu-juan untuk mendedahkan peranan pelajar sebagai pemangkin wawasan di masa hada-pan di mana ia dapat menerapkan sikap jati diri dan mengukuhkan tahap keyakinan diri para pelajar untuk menjadi golongan yang berwibawa dan berdedikasi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Subri, Shafilla shafilla@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Khalis, Faryna faryna@uitm.edu.my Editor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Ratings and rankings. Evaluation and ranking of universities and colleges N Fine Arts > NK Decorative arts |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Lakar Design Show 2018 UiTM Kedah, Projek Tahun Akhir Seni Reka Perindustrian, Portfolio Seni Reka Grafik dan Media Digital |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141248 |
