1/3 bukan sekadar nombor: matematik, masa dan jemputan Illahi

Mohamed, Siti Asmah (2026) 1/3 bukan sekadar nombor: matematik, masa dan jemputan Illahi. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Dalam matematik, nilai lazimnya diukur melalui saiz dan kuantiti. Bahagian yang lebih besar sering dianggap lebih bernilai berbanding bahagian yang kecil. Prinsip ini diterima secara meluas dan menjadi asas kepada pemikiran matematik. Namun dalam kehidupan beriman, terdapat satu pecahan kecil yang Allah muliakan secara istimewa, iaitu sepertiga malam terakhir. Dalam Islam, takrifan “malam” berbeza daripada kefahaman umum. Malam tidak bermula pada tengah malam, sebaliknya bermula pada waktu Maghrib dan berakhir pada waktu Subuh. Apabila tempoh antara Maghrib dan Subuh ini dikira dan dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama, sepertiga malam terakhir dapat dikenal pasti dengan jelas. Dari sudut matematik, ini hanyalah satu pembahagian masa yang mudah. Namun dari sudut rohani, inilah waktu yang sangat bernilai dan sering diingatkan dalam al-Quran dan hadis. Sebagai contoh, jika waktu Maghrib bermula pada jam 7.30 malam dan Subuh pada jam 6.10 pagi, jumlah keseluruhan malam ialah 10 jam 40 minit. Apabila tempoh ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama, setiap bahagian bersamaan kira-kira 3 jam 33 minit, dan sepertiga malam terakhir bermula sekitar jam 2.37 pagi. Kiraan ini mungkin kelihatan ringkas, namun maknanya sangat besar. Rasulullah SAW, melalui riwayat Abu Hurairah RA, menerangkan bahawa Allah SWT turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyeru hamba-hamba-Nya dengan firman: “Siapakah yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan? Siapakah yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan? Siapakah yang memohon keampunan daripada-Ku, nescaya Aku ampunkan?” (Hadis riwayat alBukhari, no. 1145). Hadis ini menjelaskan mengapa sepertiga malam terakhir dianggap sebagai waktu yang ditetapkan secara ilahi untuk berdoa, memohon dan bertaubat. Al-Quran turut mengukuhkan kepentingan ibadah malam yang dilakukan secara sedar dan terancang. Dalam Surah al-Muzammil ayat 1 hingga 4, Allah menyeru orang beriman supaya bangun pada waktu malam sama ada separuh daripadanya, sedikit kurang atau sedikit lebih dan membaca al-Quran dengan bacaan yang tertib (tartil). Seruan ini mencerminkan pengurusan masa yang tersusun, selari dengan prinsip matematik yang menekankan keseimbangan, perkadaran dan disiplin. Malam tidak dimaksudkan untuk dihabiskan sepenuhnya dengan berjaga, sebaliknya dibahagikan secara sedar, menunjukkan bahawa walaupun sebahagian kecil masa, jika dipilih dengan niat yang betul, mampu memberi kesan yang besar.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Siti Asmah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Sepertiga malam terakhir, Kiraan matematik, Ibadah
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141213
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141213.pdf] Text
141213.pdf

Download (1MB)

ID Number

141213

Indexing

Statistic

Statistic details