Pendekatan Maqasid Syariah dalam menangani isu etika kecerdasan buatan (AI): suatu kerangka konsep

Mustapa, Masnih (2025) Pendekatan Maqasid Syariah dalam menangani isu etika kecerdasan buatan (AI): suatu kerangka konsep. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 45. pp. 390-396. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang pesat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan telah menimbulkan beberapa isu etika, antaranya privasi data, diskriminasi algoritma dan ketelusan keputusan mesin. Namun begitu, perbahasan mengenai etika AI kebanyakannya masih dikuasai oleh pendekatan sekular Barat, manakala penerapan nilai-nilai Islam seperti Maqasid Syariah masih kurang diberi perhatian secara menyeluruh. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis isu-isu etika utama berkaitan AI serta mencadangkan satu kerangka konseptual berasaskan prinsip Maqasid Syariah sebagai panduan etika. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis pelbagai bahan rujukan termasuk kajian literatur terkini, dasar teknologi dan garis panduan etika AI. Hasil analisis mengenal pasti lima isu etika utama dalam AI yang dapat dipadankan secara langsung dengan lima prinsip utama maqasid iaitu penjagaan agama (ḥifẓ al-dīn), nyawa (al-nafs), akal (al-‘aql), keturunan (al-nasl), dan harta (al-māl). Berdasarkan padanan tersebut, kajian ini mengemukakan satu model dinamakan Maqasid-Driven Ethical AI Framework (M-DEAF) yang merangkumi tiga komponen utama: penilaian etika, penapisan maqasid dan pelaksanaan tindakan. Kerangka ini berpotensi menjadi rujukan berguna kepada pembuat dasar, saintis data Muslim dan institusi teknologi dalam membangunkan sistem AI yang lebih beretika, adil dan berpaksikan nilai Islam. Kajian ini turut memberi sumbangan penting kepada bidang fiqh mu‘āmalah kontemporari dan membuka ruang bagi kajian lanjut secara lapangan dalam pelbagai sektor industri.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustapa, Masnih
masnih@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 16
Page Range: pp. 390-396
Related URLs:
Keywords: Maqasid Syariah, Etika AI, Teknologi Islam, Model konseptual, Fiqh kontemporari
Date: 5 September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141208
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141208.pdf] Text
141208.pdf

Download (393kB)

ID Number

141208

Indexing

Statistic

Statistic details