Panduan asas pengurusan urusan selepas kematian (catatan pengalaman peribadi)

Mohamed, Siti Asmah (2026) Panduan asas pengurusan urusan selepas kematian (catatan pengalaman peribadi). Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Fasa 1: Persediaan Dokumen & Makluman Segera Sediakan Fail Dokumen Utama: Sediakan salinan dalam bentuk fizikal dan digital, antaranya Kad pengenalan, MyKid, sijil kelahiran anak, Sijil kematian, Sijil nikah dan Penyata nombor akaun bank. Notifikasi Pihak Berkaitan: Maklumkan segera kepada pihak bank, syarikat takaful/insurans, dan majikan arwah untuk memulakan proses tuntutan dan pentadbiran. Semak Tuntutan Khairat Kematian: Periksa kelayakan bantuan awal daripada institusi seperti KWSP, PERKESO, Masjid/Surau, atau organisasi majikan arwah.

Fasa 2: Pengurusan Hutang & Harta Pusaka Senaraikan Semua Hutang: Antara hutang yang lazim disenaraikan termasuklah: Zakat tertunggak (zakat pendapatan atau zakat simpanan) Kad kredit Tunggakan Cukai (LHDN) Pinjaman pendidikan Hutang peribadi dengan individu Inventori Aset Arwah: Selepas hutang dikenal pasti, seterusnya ialah senarikan semua harta dan aset arwah iaitu harta alih dan tidak alih. Harta Alih: wang simpanan, KWSP, kenderaan Harta Tak Alih: rumah dan tanah Amanah Penama: Peranan Penama (Nominee) bagi KWSP atau Tabung Haji bertindak sebagai pemegang amanah untuk menguruskan harta, bukan sebagai pemilik mutlak. Pilih Saluran Perundangan Yang Betul: (Nota: Saluran pengurusan bergantung kepada nilai dan jenis harta) Pejabat Pusaka Kecil: Harta tak alih seperti rumah dan tanah. Amanah Raya: Harta alih sahaja. Mahkamah: Harta bernilai besar atau kes-kes yang kompleks.

Fasa 3: Penukaran Nama & Tuntutan Hak Tutup atau Tukar Nama Bil Berbayar: Kemas kini maklumat bagi perkhidmatan seperti Internet, Astro, peralatan sewaan (penapis air), nombor telefon, serta bil utiliti dan cukai pintu. Pertimbangkan Tuntutan Tambahan: Semak kelayakan untuk permohonan Pencen Penakat (PERKESO) dan tuntutan Harta Sepencarian melalui Mahkamah Syariah jika berkaitan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141205.pdf]
Text
141205.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics