Menyuluh rahsia yang tersembunyi

Syed Abdullah, Sharifah Sarimah (2026) Menyuluh rahsia yang tersembunyi. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Aku mengemudi lautan kertas,
di mana setiap ombak
adalah barisan huruf.

Setiap aksara laksana bintang yang menyinari kegelapan minda,
melahirkan horizon ilmu yang baharu.

Buku bukan hanya himpunan halaman,
ia adalah hutan rahsia tempat identiti diri dilepaskan,
dan aku kembali sebagai orang yang baharu.

Namun, di luar
skrin-skrin berkilauan bak kota kaca yang memantulkan seribu rupa,
tetapi jarang sekali menayangkan jiwa.

Angin algoritma membisik,
laksana bayu yang menguasai setiap hala,
menghulurkan laluan pantas menuju puncak maklumat.

Namun,
aku sedar membaca adalah pendakian yang hening,
meniti tebing makna dengan langkah yang perlahan dan jiwa yang tabah.

Justeru,
aku memilih untuk sesekali menyelam,
bukan ke lautan data yang terhampar,
tetapi ke samudera tafsir yang mendalam,

Kerana di keheningan dasarnya
aku menemui permata,
bukan kepastian jawapan yang segera,
tetapi misteri pertanyaan
yang memahat dan menjadikan aku manusia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141193.pdf]
Text
141193.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics