Microsleep: sekejap terlelap, padah menanti

Idris, Nur Azimah and Mazeni, Noor Azizah (2026) Microsleep: sekejap terlelap, padah menanti. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Microsleep ialah keadaan apabila seseorang tertidur secara tidak sedar dalam tempoh yang sangat singkat, biasanya antara 1 hingga 10 saat. Tempoh tersebut tampak singkat namun individu yang mengalami microsleep sebenarnya terputus daripada kesedaran sekeliling buat seketika. Otak tidak lagi memproses maklumat dengan normal walaupun mata mungkin masih terbuka. Keadaan ini sering berlaku apabila seseorang terlalu letih, kurang tidur, atau memaksa diri berjaga dalam tempoh yang panjang.
Secara saintifik, microsleep berlaku apabila otak gagal mengekalkan tahap kewaspadaan akibat keletihan melampau. Ia juga dikaitkan dengan gangguan tidur seperti Insomnia dan Sleep Apnea. Namun begitu, ia boleh juga berlaku kepada individu sihat yang tidak mendapat tidur mencukupi. Antara tanda-tanda microsleep adalah kepala terangguk-angguk, pandangan kosong, hilang fokus secara tiba-tiba, dan tidak mengingati beberapa saat terakhir seterusnya menjadikan tindak balas perlahan.

Bahaya Microsleep
Walaupun hanya beberapa saat, microsleep boleh membawa risiko yang sangat besar, terutamanya ketika melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti memandu, mengendalikan mesin, atau bekerja di tempat yang memerlukan tumpuan penuh. Sebagai contoh, microsleep yang berlaku semasa memandu kenderaan walau hanya lima saat pada kelajuan 90 km/j boleh menyebabkan kenderaan bergerak jauh tanpa kawalan. Ini meningkatkan risiko kemalangan jalan raya yang serius. Selain itu, microsleep juga boleh menjejaskan prestasi kerja dan pembelajaran. Pelajar mungkin tidak menyedari mereka terlepas penerangan penting di dalam kelas. Pekerja pula mungkin melakukan kesilapan teknikal atau kecuaian yang memberi kesan kepada keselamatan dan produktiviti.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Nur Azimah
UNSPECIFIED
Mazeni, Noor Azizah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Microsleep, Keletihan, Kemalangan
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141150
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141150.pdf] Text
141150.pdf

Download (1MB)

ID Number

141150

Indexing

Statistic

Statistic details