Penternakan lobster akuaponik dan Ekonomi Hijau-Biru Islam: memperkasa komuniti terpinggir di Borneo (Sabah)

Surail Abdul Kahar @ Eting, Surail and Mohammed, Rozita @ Uji and Joseph, Hendry and Supain @ Christopher, Cyril and Omar, Rashidah (2025) Penternakan lobster akuaponik dan Ekonomi Hijau-Biru Islam: memperkasa komuniti terpinggir di Borneo (Sabah). Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 39. pp. 339-344. ISSN 2948-5045
Abstract

Kajian ini meneliti potensi penternakan lobster air tawar secara akuaponik untuk memperkasa komuniti terpinggir sebagai strategi dalam Ekonomi Hijau-Biru yang berlandaskan Syariah di Sabah. Akuaponik—gabungan sistem akuakultur beredaran semula (RAS) dan hidroponik—mampu mencapai kecekapan penggunaan air yang sangat tinggi, mengitar nutrien dan mengurangkan kebergantungan terhadap baja sintetik (FAO, 2014; Ibrahim et al., 2023). Berasaskan ulasan literatur berstruktur (Snyder, 2019) dan analisis kandungan (Bowen, 2009) ke atas dokumen dasar, kajian akademik, serta data industri, artikel ini menggariskan keselarasan model akuaponik lobster dengan maqāṣid al-sharīʿah (khususnya hifẓ al-māl, hifẓ al-nafs, dan hifẓ al-bī’ah) serta potensi pemerkasaan ekonomi, sosial, dan ekologi komuniti pesisir dan pedalaman yang terpinggir (SUHAKAM, 2024). Dapatan menunjukkan kebolehlaksanaan model ini tertakluk kepada prasyarat tadbir urus, biosekuriti, jaminan pasaran, dan pembiayaan inklusif (Kamali, 2019). Ia juga mengemukakan model pelaksanaan yang merangkumi pembentukan kluster pengusaha dan industri, pusat sokongan teknikal, danmkerangka pemantauan berasaskan maqāṣid–SDG.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140982.pdf]
Text
140982.pdf
Download (438kB)
Indexing & Metrics