Abstract
Institusi pengajian tinggi kini memainkan peranan yang signifikan dalam pengurusan zakat negara melalui pelaksanaan kutipan dan agihan zakat berasaskan konsep wakalah. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah (UiTMCSH) merupakan salah satu institusi yang terlibat secara aktif dalam mengurus kutipan zakat gaji melalui potongan gaji staf serta agihan zakat kepada pelajar asnaf. Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan semasa dan potensi UiTMCSH sebagai agen kutipan zakat harta di peringkat negeri. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan laporan berkaitan kutipan dan agihan zakat. Dapatan menunjukkan bahawa UiTMCSH mempunyai struktur tadbir urus yang teratur dengan sokongan prosedur yang jelas serta pengasingan fungsi kutipan dan agihan. Pelaksanaan konsep wakalah membolehkan kutipan zakat pendapatan dilaksanakan secara sistematik, manakala agihan melalui konsep wakalah membolehkan bantuan disalur secara cepat dan bersasar. Kajian turut mengenal pasti potensi UiTMCSH sebagai agen kutipan zakat harta diperkukuh melalui pengalaman sedia ada, keupayaan struktur dan kerjasama strategik dengan institusi zakat negeri. Pelaksanaan peranan ini bergantung kepada sokongan dasar, kerjasama institusi zakat negeri dan keperluan pemantapan pelaksanaan dalaman. Kajian ini memberi gambaran awal tentang pengukuhan peranan institusi pendidikan tinggi dalam pengurusan zakat secara menyeluruh.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Malik, Nor Alhana noral801@uitm.edu.my Tarmuji, Razizi raziz106@uitm.edu.my Mohammad, Siti Aminah ct_syamin@uitm.edu.my Amran, Saiful Nizam saifu775@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 16 |
| Page Range: | pp. 329-338 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Wakalah, Zakat, UiTM Cawangan Sabah, Tadbir urus, Institusi pengajian tinggi |
| Date: | 5 September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140981 |
