Batik Merbok : kekal imej eksklusif & mewah

Yusoff, Zaidi (2018) Batik Merbok : kekal imej eksklusif & mewah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Batik Merbok merupakan produk pertama UiTM Kedah yang diilhamkan oleh mantan Ahli Parlimen Merbok suatu masa dahulu. Kewujudan Batik Merbok adalah inisiatif UiTM untuk men-jadikannya sebagai salah satu destinasi tarikan yang mesti dikun-jungi. Keindahan serta kreativiti hasil kerja tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ini wajar dipamer-kan dalam usaha mempromosikan serta ianya mampu mem-bantu menjana pendapatan Batik Merbok dan juga kampus UITM Kedah. Sehubungan degan itu wajarlah ruangan jualan yang lebih eksklusif diwujudkan atas dasar promosi dan penja-naan pendapatan. Kewujudan ruang jualan Batik Merbok ini memudahkan seluruh warga kampus serta pengunjung luar yang ingin mendapatkan koleksi cenderahati yang eksklusif dan mampu dimiliki oleh semua pengunjung yang melawat UITM Kedah. Melalui usaha ini juga diharap ianya mampu menjana pendapa-tan serta mempromosikan UiTM Kedah serta Batik Merbok melalui penghasilan cenderahati seperti koleksi pakaian lelaki dan wanita, ukiran kayu, cetakan lukisan digital khat di atas kanvas dan lain-lain lagi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140954..pdf]
Text
140954..pdf
Download (913kB)
Indexing & Metrics