“TECHSPEAK 3.0” UiTM Raub tingkatkan kesedaran teknologi dalam kalangan mahasiswa

Zainal, Mohd Azim (2025) “TECHSPEAK 3.0” UiTM Raub tingkatkan kesedaran teknologi dalam kalangan mahasiswa. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

RAUB, 20 Januari 2025 – MARA Youth Technology Computer Club (MYTECC) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub berjaya menganjurkan program “TECHSPEAK 3.0” yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang teknologi maklumat dalam kalangan mahasiswa. Program yang berlangsung selama 65 hari, dari 15 November 2024 hingga 19 Januari 2025, disiarkan secara langsung di platform media sosial seperti Instagram, TikTok, dan YouTube. Dengan tema yang selaras dengan SDG 9, program ini memberikan ruang kepada pelajar untuk memahami kemajuan teknologi dan impaknya. Setiap minggu, program ini menampilkan episod pada hari Jumaat, jam 9.00 malam, dengan tujuh pelajar berkongsi pengetahuan tentang inovasi dan teknologi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140915.pdf]
Text
140915.pdf
Download (597kB)
Indexing & Metrics